Jumaat, 13 Ogos 2010

SEBAGAI MEDAN PORNOGRAFI

Keburukan yang dapat dikenal pasti melalui laman web sosial ialah laman web facebook ini menjadi medan penyebaran pornografi. Pornografi ialah bahan bertulis atau visual yang boleh merangsangkan keinginan seksual yang boleh memberahikan pengguna.

Sebagai contoh para pengguna sering menggunakan kata-kata lucah dalam profil mereka. Perkara ini boleh dibuktikan dengan penggunaan kata-kata oleh golongan tertentu. Tidak perlu dicari,sebahagian kawan-kawan para pengguna juga menggunakan kata-kata tersebut.

Selain itu terdapat juga gambar-gambar yang tidak sepatutnya dilihat oleh khususnya golongan remaja bawah umur disiarkan ke dalam facebook ini. Secara langsung perkara ini boleh memesongkan pemikiran pengguna terutama golongan remaja dan mencetus ke arah kemaksiatan.

Ditulis Oleh LEE WEN SHEN   204547