Sebagai rumusan, laman web sosial khususnya Facebook memberikan kesan putih dan hitam kepada pengguna.
Kebaikannya adalah menjadi tempat meluaskan empayar perniagaan, sebagai medan pertukaran maklumat, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mewujudkan interaksi dan hubungan yang baru.
Keburukannya pula adalah pembaziran masa berlaku, medan penyebaran pornografi, tempat penyebaran fitnah dan berlakunya penipuan.
Kita sebagai para pengguna haruslah bijak dalam menggunakan laman web sosial untuk mengelakkan sebarang impak negatif daripada laman web tersebut. Oleh yang demikian, hubungan antara rakyat Malaysia akan lebih harmoni dan sejahtera sekiranya semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perpaduan dalam penggunaan laman web sosial.
Ditulis oleh ERINA JUNIAWATI BINTI DULLAH 206686