Rabu, 11 Ogos 2010

KESIMPULAN

Sebagai rumusan, laman web sosial khususnya Facebook memberikan kesan putih dan hitam kepada pengguna.

Kebaikannya adalah menjadi tempat meluaskan empayar perniagaan, sebagai medan pertukaran maklumat, meningkatkan kemahiran berkomunikasi dan mewujudkan interaksi dan hubungan yang baru.

Keburukannya pula adalah pembaziran masa berlaku, medan penyebaran pornografi, tempat penyebaran fitnah dan berlakunya penipuan.

Kita sebagai para pengguna haruslah bijak dalam menggunakan laman web sosial untuk mengelakkan  sebarang impak negatif daripada laman web tersebut. Oleh yang demikian, hubungan antara rakyat Malaysia akan lebih harmoni dan sejahtera sekiranya semua rakyat Malaysia mempunyai semangat perpaduan dalam penggunaan laman web sosial.



Ditulis oleh ERINA JUNIAWATI BINTI DULLAH  206686 



1 ulasan:

  1. Artikel ini menunjukkan bahawa terdapat pelbagai potensi dan peluang untuk pembangunan produk eko pelancongan di Hutan Lipur Sungai Sedim, Kulim, Kedah. Penerokaan destinasi ini sebagai salah satu lokasi pelancongan luar bandar telah lama berlaku namum masih ramai yang kurang mengetahui tentang kewujudan lokasi ini. Kewujudan jambatan terpanjang di dunia iaitu Tree Top Walk di lihat mampu mengangkat nama HLSS sebagai salah satu destinasi eko pelancongan terkemuka di Malaysia dan di dunia. Berdasarkan hasil kajian yang diperoleh, penduduk tempatan di HLSS sudah bersedia untuk menerima kedatangan pelancong dan juga pembangunan pelancongan di kawasan tersebut walaupun tahap penerimaan mereka terhadap industri tersebut masih lagi berada pada kadar yang sederhana. Di samping itu, hasil kajian ini juga mendapati harapan dan cadangan daripada penduduk tempatan mengenai industri pelancongan perlu diambil perhatian demi memastikan perkongsian manfaat dan sumber ekonomi dapat dikongsi dan dirasai bersama oleh semua pihak. Responden kajian juga mengharapkan dan mencadangkan agar pelbagai kemudahan awam di kawasan HLSS dapat diberi nafas baru bagi melaksanakan matlamat tersebut. Berdasarkan kajian literatur juga, pembangunan luar bandar dan eko pelancongan secara umumnya amat komplek tetapi amat bernilai untuk membangunkan sumber ekonomi penduduk setempat. Ia juga menyumbangkan kepada pelbagai penyelesaian masalah yang dihadapi oleh penduduk setempat selain dapat meningkatkan pendapatan setempat serta menggalakan lebih ramai pelancong datang ke HLSS. Walau bagaimanapun, adalah amat penting agar semua pemegang taruh yang terlibat dalam industri pelancongan di HLSS untuk terus bekerjsama dan bersatu hati dalam usaha menaikkan lagi nama HLSS dan meningkatkan lebih banyak produk untuk ditawarkan kepada pelancong. Ini selaras dengan misi dan objektif Kementerian Pelancongan Malaysia untuk terus meningkatkan produk eko pelancongan selain menarik lebih ramai pelancong ke destinasi eko pelancongan di Malaysia.

    BalasPadam