Salah satu keburukan facebook ialah laman web sosial seperti ini juga mendedahkan rakyat kepada alam maya yang dipenuhi tipu muslihat. Contohnya, maklumat politik yang dikemaskini dalam laman web sosial ini telah mengandungi unsur tokok tambah untuk menarik perhatian para pembaca komen tersebut.
Tambahan pula, tip-tip seperti menjana wang menerusi Facebook,serta tip pelangsing badan juga sejenis penipuan yang disasarkan kepada generasi muda yang mudah dipengaruhi oleh iklan seperti ini.
Selain itu, laman web sosial khususnya Facebook juga mendorong seseorang individu memalsukan identiti sendiri dengan menggunakan gambar palsu, status yang tidak jelas dan umur.
Ditulis oleh MUGILVANAN A/L MONIE 206749
Tiada ulasan:
Catat Ulasan