Selain itu, laman web sosial turut menjadi tempat penyebaran fitnah. Fitnah merupakan suatu perkara memburukkan orang lain tanpa mempunyai bukti yang kukuh. Melalui laman web sosial, pengguna boleh menjatuhkan maruah seseorang dengan menyebarkan fitnah untuk kepentingan sendiri.
Sehubungan dengan itu, pergaduhan juga akan berlaku melalui penyebaran maklumat yang salah tentang seseorang. Hal ini akan menimbulkan kesalahfahaman antara individu dengan individu yang lain dan boleh mengakibatkan hubungan sesama manusia menjadi pudar dan renggang.
Ditulis oleh NUR HIDAYAH BINTI HAMSATON 206762