Jumaat, 20 Ogos 2010

APA ITU LAMAN WEB SOSIAL?

Laman web sosial ialah satu perkhidmatan yang membenarkan individu membentuk sosial 
secara dalam talian untuk pelbagai tujuan dan aktiviti.




Pada era globalisasi ini, dengan adanya teknologi yang serba moden, laman web seperti ini menjadi semakin popular dan menjadi kegilaan peringkat umur serta laman web ini menjadi sebahagian dalam kehidupan kita.

Secara keseluruhannya, terdapat lebih kurang 170 laman web rangkaian sosial pada masa ini. Antara laman web sosial yang menjadi pilihan ramai adalah FacebookFriendsterMyspace, dan Twitter. Buktinya, laman web sosial khususnya Facebook memiliki 350 juta pengguna di peringkat global.






Laman web Facebook menjadi topik keutamaan kami dalam perbincangan seterusnya.




Ditulis oleh NUR NASUHA MAHIDAN 206788

Khamis, 19 Ogos 2010

SEBAGAI MEDAN PENYEBARAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI

Salah satu kebaikan facebook ini ialah boleh digunakan sebagai medan penyebaran maklumat antara satu sama lain tanpa mengira tempat dan masa. Dengan kata lain pengguna sekarang ini mudah mendapat banyak informasi daripada rakan-rakan mereka di facebook. Sebagai contoh isu-isu semasa, hal luar negara, perbincangan, pendidikan, dan hal kekeluargaan.




Di samping itu, pengguna juga dapat bertukar-tukar pendapat mengenai ilmu pengetahuan antara satu sama lain di dalam laman web facebook ini. Pengguna juga dapat berinteraksi dengan pengguna dari luar negara,secara lansung dapat berkongsi hal dan isu semasa yang berlaku di negara pengguna tersebut.




Ditulis Oleh Mohd Faizul Jufri  204132

Rabu, 18 Ogos 2010

MENINGKATKAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI

Antara kebaikan Laman web sosial iaitu facebook ialah dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasi.  Seseorang yang tidak mahir berkomunikasi dapat meningkatkan kemahiran berkomunikasinya apabila berinteraksi dengan kenalan dari dalam atau luar negara.  

Contohnya kemahiran berbahasa inggeris dapat dipertingkatkan  apabila berhubungan dengan orang asing terutama yang mahir dalam berbahasa Inggeris. Secara tidak langsung pembelajaran bahasa asing semakin merebak dan meluas dalam kalangan pengguna facebook.

Ditulis Oleh Muhamad Shahrul Haizam Bin.Esa 206753

Isnin, 16 Ogos 2010

MENCARI DAN MEWUJUDKAN INTERAKSI DAN BUDAYA BARU

Melalui laman web facebook ini,para pengguna dapat mempelajari pelbagai bahasa dari pelbagai negara.Perkara ini boleh dibuktikan dengan interaksi antara pengguna dalam negara ini dengan pengguna antarabangsa.Secara langsung pengguna dapat memantapkan penguasaan pelbagai bahasa oleh pengguna negara ini.

Selain itu,pengguna juga dapat memperkenalkan Bahasa Melayu kepada pengguna antarabangsa yang lain dan menjadikan Bahasa Melayu terkenal di seluruh dunia.Disamping itu,pengguna juga dapat mempelajari dan mengenali pelbagai budaya tentang negara luar melalui Laman web facebook ini.Secara langsung pengguna juga dapat memperkenalkan budaya negara ini kepada seluruh dunia dan menjadikan negara kita dikenali oleh negara lain.

Ditulis Oleh Riswan Bin Idrus   206766

Ahad, 15 Ogos 2010

MEDIUM BAGI MELUASKAN PERNIAGAAN

Pada masa kini, penggunaan laman web sosial tidak tertumpu sebagai wadah untuk berkomunikasi semata-mata malahan turut dijadikan sebagai medium untuk memasarkan produk dan perkhidmatan secara meluas.

Secara khususnya, Facebook membolehkan para pembekal dan pelanggan berinteraksi di mana sahaja tanpa mengira masa atau tempat. Sebagai contohnya, melalui Facebook para pembekal boleh memperkenalkan produk terbaru syarikat mereka.

Jadi tidak menghairankan sekiranya jenama-jenama gergasi seperti Toys r Us, Coca-Cola dan Air Asia turut menggunakan laman web sosial sebagai salah satu kaedah mempromosikan perniagaan produk mereka.

Pendek kata, kini segala urusan jual beli hanya di hujung jari.





Ditulis oleh NORSUHANA BINTI MOHAMED 206767






Sabtu, 14 Ogos 2010

PEMBAZIRAN MASA BERLAKU

Individu yang melayari facebook boleh leka sehingga tidak menyedari masa mereka terbazir begitu sahaja untuk tempoh yang lama.  Ini menyebabkan kerja-kerja yang penting seperti tugasan,solat dan aktiviti harian diabaikan kerana terlalu asyik melayari facebook. 

Mereka juga kurang berinteraksi dan meluangkan masa mereka bersama ahli keluarga.  Perkara ini menyebabkan kehidupan mereka menjadi semakin terpencil dan dunia mereka tidak begitu berkembang dan tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Hubungan kekeluargaan secara langsung juga menjadi tidak mesra akibat daripada perbuatan ini.

Ditulis Oleh Mohd Ishak Bin Abdul Azeez 204330