Individu yang melayari facebook boleh leka sehingga tidak menyedari masa mereka terbazir begitu sahaja untuk tempoh yang lama. Ini menyebabkan kerja-kerja yang penting seperti tugasan,solat dan aktiviti harian diabaikan kerana terlalu asyik melayari facebook.
Mereka juga kurang berinteraksi dan meluangkan masa mereka bersama ahli keluarga. Perkara ini menyebabkan kehidupan mereka menjadi semakin terpencil dan dunia mereka tidak begitu berkembang dan tidak peka terhadap isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling mereka. Hubungan kekeluargaan secara langsung juga menjadi tidak mesra akibat daripada perbuatan ini.
Ditulis Oleh Mohd Ishak Bin Abdul Azeez 204330
Tiada ulasan:
Catat Ulasan